04 Januari 2010

Syeikh Khalil Khotib Ulama Sufi(Syair Rasulullah S.A.W)



 SYEIKH MUHAMMAD KHALIL KHOTIB AN-NAIDI AS-SYAZALI (1909-1986)

Pengasas Tariqah Al-Khotibiyah As-Sayzliyah al-Khalwatiyah di Tanta, Mesir

As-Syeikh Muhammad Khalil Al-Khotib adalah salah seorang ulamak besar al-Azhar bermazhab Hanafi yang mendapat pengiktirafan sebagai " Penyair Rasulullah" di abad ke 19 ini .Beliau merupakan Khalifah tariqat daripada dua madrasah sufi di zamannya iaitu 'Madrasah Tariqat Khalwatiyah dan Madrasah Tariqah As-Syazliyah .


PENGENALAN

Beliau adalah As-Syeikh Muhammad bin Khalil bin Muhammad bin Sayyid bin Isma'il bin Ahmad Al-Khatib yang bersambung nasabnya dengan Sayyidina Hussain

KELAHIRAN
Beliau di lahirkan di sebuah desa padang pasir yang bernama 'Nida' sebuah perkampungan di mukim/markaz 'Akhmin' jajahan Suhaaj di selatan Mesir pada 9hb Mac 1909 m ( 1330H) .

PENDIDIKAN
Dari kecil beliau sudah menghafaz al-quran sekitar umur 7 tahun dan terus melanjutkan pelajaran di Madrasah Asyut sehingga mendapat Sijil Menengah Rendah pada tahun 1923 , seterusnya memperolehi Sijil Menengah Thanawi Al-Azhar pada tahun 1928 dan Ijazah sarjana muda pada tahun 1933 serta Ijazah Kedoktoran di dalam bidang Bahasa Arab pada tahun 1936.



PENULISAN
Beliau banyak meninggalkan banyak tulisan yang seusia dengannya ,di anggarkan bahawa beliau telah menulis sebanyak 77 buah kitab termasuklah tafsir, feqah , hadis, nahu, soraf, tasawuf dan sebagianya sebagai contohnya:

1. Tafsir iaitu tafsir juzuk 'Amma
2. Feqah
3. Aqidah iaitu: ' Aqidah Khotib
4. Hadis iaitu : Syarah Soihih Bukhari 5 jilid
5. Bahasa Arab iaitu: Alfiyah al-Khotib 1000 matan Al-Khotib) ,
6. Syair seperti Syair sufi, pujian nabi , pujian kepada Abi Talib dan sebagianya .
7. Hikam iaitu himpunan mutiara kata Syaikh Khotib.
8. Fatwa iaitu himpunan fatwa Syaikh Khotib .
9.Himpunan kisah teladan dan kisah benar berdasar hadis nabi .
10.Risalah jihad .
11.Rahsia zikir.
12. Risalah wasilah
13.Himpunan Khutbah nabi dan kitab inilah yang telah mengangkat Syeikh Khotib di kalangan para ulamak yang memakan masa selama 15 tahun cetakan Darul fadhilah Cairo dan banyak lagi apa yang menakjubkan tentang Sheikh Khotib ni beliau mengarang lebih kurang 70 ribu bait syair.


Antara bait syairnya yang menjadi pegangan

وما تحرك صوفي ولا سكنا * إلا بشرع الذي في طيبة سكنا"
Dan tidaklah bergerak dan diam seorang sufi itu *
melainkan dengan syara' yang letaknya di kota Tibah (Madinah).
 


 Syeikh Khalil Khotib Bersama Syeikh Mutawalli Sya'rawi


KEMULIAANNYA


Allah mengurnaikan ratusan karomah setiap hari memadailah beliau menyembunyikan bersama Tuhan sebagimana doanya 'Ya Allah jadikanlah aku di kalangan orang yang bersunyian bersama mu dan bersunyian untuk menemui MU" Namun begitu cukuplah di ketahui umum bahawa beliau dizinkan menemui Allah semasa hayatnya. Perstiwa ini terjadi ketika anak beliau memasuki bilik ayahnya dengan tiba-tiba ayahanda berdialog dengan bahasa yang sukar dan payah untuk di fahami , lantas ia bertanya . 'Apa yang ayahanda cakap tadi ?? Syeikh Khotib menjawab ’ Sesungguhnya Aku berdialog dengan Tuhanku .


 Syeikh Khalil Khotib bersama dengan Presiden Mesir Anwar Sadat

KEWAFATANNYA

Beliau telah menemui Tuhannya sebelum menjelang malam Sabtu iaitu pada petang Jumaat pada 21 Februari 1986 ketika berusia 77 tahun dan di maqamkan di masjid Muhafazah atas arahan Presiden Anuar Sadat di Bandar Tanta. Sehingga kini Syeikh Khalil Khotib diberi gelaran sebagai " ULAMAK MASYHUR SYAIR RASUL.
al-Fatihah ....

Sumber : Qurra' Sufi / Sawanih Wa Khawatir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan